Thursday, December 8, 2022

Peperiksaan SPM bermula 7 November, calon MRSM Betong dan calon seluruh Sarawak didoakan lulus dengan cemerlang – Gerald Rentap Jabu

Secara Rawak

BETONG: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N36 Layar, Gerald Rentap Jabu mengucapkan Selamat menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kepada semua calon SPM khasnya calon dari Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Betong pada 7 November, Isnin.

Gerald berharap semua calon telah bersedia berhadapan peperiksaan berkenaan selepas sekian lama bertungkus-lumus membuat perisapan dengan rapi.

Dan beliau berharap calon-calon SPM terlibat akan menduduki peperiksaan dengan tenang dan dan memperoleh keputusan cemerlang .

“Hadapi ujian dengan sebaik mungkin. Lakukan yang terbaik dan jangan cuai semasa menjawab soalan. MRSM Betong telah berjaya melahirkan banyak pelajar cemerlang dalam SPM dan Penilaian Tingkatan Tiga (PT3) sebelum ini.

“Justeru saya berharap dan berdoa agar kecemerlangan itu akan dapat diteruskan dalam peperiksaan pada tahun ini,”katanya.

Seterusnya Gerald menambah kata, sejak ditubuhkan sembilan tahun yang lalu, MRSM Betong telah memainkan peranan yang cukup signifikan dalam meneraju bidang pendidikan di Bahagian Betong.

“Sepanjang tempoh kewujudan MRSM di Betong walaupun masih agak muda hanya sembilan tahun kini tetapi sumbangannya sudah cukup besar. Maktab ini telah mencipta banyak kejayaan dan kecemerlangan sama ada dalam keputusan peperiksaan mahupun dalam pertandingan peringkat dalam negara dan juga lebih membanggakan turut mencipta kejayaan di peringkat antarabangsa,” ujarnya.

Tambah Gerald lagi, kejayaan yang dikecapi adalah berkat usaha gigih serta usaha berterusan para guru dan juga dengan kerjasama yang baik daripada para pelajar.

Dukungan kuat daripada para ibu bapa juga banyak membantu dalam melancarkan segala urusan berkaitan pelajaran anak-anak mereka di sekolah.

Beliau yang berucap meramsmikan Majlis Graduasi dan Anugerah Kecemerlangan Kali Ke-7, MRSM Betong 2016 pada Sabtu lalu turut menggalakkan pelajar maktab berkenaan mempraktikkan Bahasa Inggeri (BI) dalam komunikasi seharian. Ini jelas Gerald bagi mempertingkatkan lagi penguasaan pelajar dalam BI.

“Bahasa Inggeris penting untuk pelajar sekalian terutama untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara. Jangan segan untuk bertutur dalam BI. Selalu bertutur dalam BI akan menjadikan kita lebih mahir dalam bahasa tersebut,” tambahnya.

Hadir sama, Pengetua MRSM Betong, Mohd Zaki Abdul Rashid, Yang DiPertua Muafakat MRSM Betong Wilson Entebang serta tetamu jemputan khas yang lain. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru