Sunday, June 26, 2022

Penguin main kayu tiga, bergaduh dengan skandal isteri yang curang

Secara Rawak

Bukan hanya manusia yang punya perasaan cemburu. Haiwan pun tidak mahu pasangannya bermain kayu tiga.

Itulah yang dapat dibuktikan daripada kisah penguin yang begitu mengejutkan ramai.

Peristiwa itu dirakam dan disiarkan oleh National Geographic malam semalam.

Seekor penguin jantan naik minyak apabila mendapati si isteri bermesra dengan penguin jantan lain.

Betapa tidak, selepas bekerja keras di luar, penguin itu mendapati isterinya bermain kayu tiga dengan penguin lain di sarangnya.

Bagai dikuasai emosi, penguin itu pun mengamuk dengan menerkam penguin jantan berkenaan apabila ia didapati dalam keadaan yang sepatutnya dilakukan oleh isteri.

“National Geographic recently released a video of two male penguins brutally fighting after one of them caught the other in a ‘compromising position’ with its wife,” lapor satu portal.

Maka bermulalah pergaduhan yang seru.

Kedua-dua penguin jantan memukul lawan masing-masing sehingga berlumuran darah selama beberapa minit.

Dalam keadaan berlumuran darah, ‘skandal’ si isteri pulang ke sarang, sambil sang suami mengekori.

Pergaduhan tercetus lagi di dalam sarang di mana sang isteri hanya melihat tanpa meleraikan pergaduhan kedua-dua penguin jantan berkenaan.

Akhirnya, sang suami mengaku kalah, kelihatan ia seolah-olah mengatakan sesuatu kepada sang isteri, umpama merayu supaya si isteri menerimanya kembali.

Si isteri bagaimanapun memeluk ‘teman lelakinya’, menyebabkan si suami berlalu pergi.

Rakaman tersebut segera viral di laman sosial, sambil majoriti pelayar terkejut dengan kejadian tersebut.

“Si suami kalah, hilang keluarga, kemudian berlalu pergi. Tidaaakkkkkk!” kata Chieft di Twitter.

“Ini adalah kisah penguin paling menyedihkan saya tonton tahun ini,” kata Shayne.

“Si suami merayu kepada si isteri, tetapi si isteri tidak mahu menerima si kalah,” tulis Jac

Kebanyakan penonton terkejut bagaimana penguin berkenaan menggunakan sayap untuk memukul dan berkelahi sehingga berdarah.

Sayap berkenaan dapat memukul sasaran dengan lapan pukulan dalam sesaat.

Jadi, jangan fikir, haiwan pun tak tercedera perasaannya jika pasangannya curang. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru