Tuesday, June 28, 2022

Liverpool ungguli Liga Perdana selepas berpesta gol 5-1 menentang Watford

Secara Rawak

Walaupun sudah menang 5-1 menentang pasukan pelawat Watford, Liverpool masih lapar memburu gol.

Pemain asal Belanda, Georginio Wijnaldum yang sudah menjaringkan satu gol buat Liverpool menyumbat gol terakhir menjadikan keputusan 6-1.

Sadio Mane membuka kemenangan Liverpool pada minit ke-27 kemudian menambah satu gol lagi menjadi gol kelima Liverpool.

Tiga gol lain dijaringkan oleh Philippe Coutinho, Emre Can dan Roberto Firmino.’

Manakala, Daryl Janmaat menyumbat gol tunggal untuk Watford pada minit ke-75.

Kemenangan ke atas Watford meletakkan Liverpool di puncak Liga Perdana.

Manchester City yang berada di puncak melompat jatuh ke tangga ketiga carta selepas seri dengan Middlesbrough 1-1 pada Sabtu lepas.

Pada perlawanan Ahad, Arsenal gagal memanfaatkan peluang membaiki kedudukan selepas terikat seri 1-1 menentang Tottenham Hotspur.

Manchester United yang bertandang ke kandang Swansea mencatat kemenangan 3-1, dengan dua gol dari Zlatan Ibrahimovic dan satu dari Paul Pogba.

Gol Swansea dijaringkan oleh pemain warga Belanda, Mike van der Hoorn.

Juara bertahan Liga Primer, Leicester City, kalah melawan pasukan pelawat West Brom 1-2.

Leicester kini berada pada posisi ke-14 carta Liga Perdana.

Southampton tewas 1-2 menentang Dan Hull City. Charlie Austin menjaring gol untuk Southampton.

Manakala, dua gol Dan Hull City dijaringkan oleh Robert Snodgrass.

Chelsea kini menduduki posisi kedua Liga Perdana selepas menang 5-0 menentang Everton. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru