Monday, June 27, 2022

Hina Islam: Polis siasat Ahok, Gabenor Jakarta hari ini

Secara Rawak

JAKARTA: Polis dipercayai akan menjalankan siasatan terhadap Gabenor Jakarta Basuki Tjahaja Purnama alias Ahok di Badan Reserse Kriminal (Bareskrim) Markas Besar Polri, hari ini.

Ahok akan diperiksa sebagai saksi dalam kes penistaan agama.

Ahok, gabenor Jakarta yang lantang dan berani terjebak dalam kontroversi selepas beliau dikatakan mengutip ayat al-Quran yang disifatkan memperleceh agama ketika berucap dalam salah satu kempennya.

Ahok sedang berusaha untuk memenangi jawatan itu bagi kali kedua.

Ahok, seorang Cina Kristian pernah menjadi timbalan Gabenor Joko Widodo atau Jokowi dari 2012-2014 sebelum Jokowi dipilih sebagai Presiden.

Gabenor Jakarta dianggap batu loncatan kepada mereka yang menyimpan hasrat terbabit aktif dalam dunia politik.

“Biasanya untuk pemeriksaan dimulai jam 9.00, namun tergantung kepada yang diperiksa bisa hadir jam berapa,” ujar Kepala Biro Penerangan Masyarakat Divisi Humas Polri, Brigadir Jenderal Agus Rianto seperti dipetik tempo.com.

Pihak polis menerima 11 laporan pengaduan berkaitan dugaan penodaan agama yang dilakukan Ahok.

Dalam laporan itu, mereka menyampaikan keberatan atas perkataan Ahok yang menyebut Surah Al-Maidah ayat 51.

Rakaman video Ahok berpidato di depan warga Pulau Pramuka, Kepulauan Seribu pada 27 September 2016 itu tersebar di media sosial.

Susulan itu, tunjuk perasaan dan protes dianjurkan di Jakarta dan beberapa kota lain di negara 245 juta itu.

Jumaat lalu, sekitar 100,000 turun ke jalan raya di sini menuju ke Istana Presiden sehingga berlaku rusuhan dengan beberapa kenderaan dibakar. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru