Monday, June 27, 2022

Ahok bincang dengan keluarga kemungkinan  dipenjara

Secara Rawak

 JAKARTA: Gobenor Jakarta Basuki Tjahaja Purnama  berkata beliau telah berbincang dengan keluarganya tentang kemungkinan dia disumbat di dalam penjara ekoran tuduhan penistaan terhadap agama Islam yang didakwa dilakukannya dalam satu daripada ucapan kempennya.

Keluarganya, menurut  Gabenor Jakarta itu yang lebih dikenali sebagai Ahok memahami risiko yang dihadapi berkaitan jawatannya.

“Saya bersyukur kepada Tuhan kerana mempunyai keluarga yang baik,” kata Ahok di Jakarta kepada tempo.co.

Sementara itu, Ahok tiba di Gedung Ruang Rapat Utama (Rupattama), Jakarta,  pagi tadi, untuk disoal siasat atas kes dugaan penistaan agama.

screen-shot-2016-11-07-at-4-35-42-pm
Ahok, yang memakai batik berwarna cokelat lengan panjang, datang sekitar pukul 8.15 pagi menaiki Toyota Innova dengan nomor polisi B-1330-EDM.

Namun Ahok tidak memberikan pernyataan sedikit pun kepada awak media. Dia hanya melambaikan tangan dan langsung masuk ke Rupattama Mabes Polri.

Pemeriksaan terhadap Ahok merupakan yang kedua kali sebagai terlapor.

Hingga saat ini, pihak polis telah mendapatkan keterangan daripada 22 saksi dalam pengusutan kes Ahok.

Kes Ahok semakin menggelegak apabila 100,000 penunjuk perasaan turun ke jalan raya menuju ke Istana Presiden Jumaat lalu.

Ahok, Cina Kristian di negara 245 juta jiwa, berkata beliau sama sekali tidak bertujuan menghina Islam dan telah memohon maaf.

Sementara itu, akhbar utama dalam bahasa Inggeris di sini, Jakarta Post memetik Ketua Polis Indonesia, Jeneral Tito Karnavian  sebagai berkata, penyiasat akan mendedahkan kes melibatkan  Ahok seperti diarahkan Presiden Joko Widodo.

“Presiden berpendapat, pendedahan kes itu sepatutnya disiarkan di televisyen. Ia adalah arahan beliau kerana mahu prosedur lebih telus,” katanya yang turut disertai Setiausaha Negara, Pratikno, kelmarin.

Menurutnya, kes tersebut juga bakal didedahkan di hadapan para wartawan walaupun prosedur itu biasanya dibuat secara tertutup.

“Jika Ahok didapati tidak bersalah, kes tersebut akan ditutup,” jelasnya.   

Sementara itu, Buni Yani, individu memuat naik ucapan Ahok, boleh dinamakan suspek selepas dia didakwa menyunting rakaman itu.

Buni menafikan tuduhan itu dan memberitahu dia hanya memadamkan beberapa rakaman, namun mengaku kesilapannya ketika membuat transkrip ucapan Ahok. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru