Tuesday, June 28, 2022

170,000 bayi Syria lahir di Turki, ketika 400,000 warganya maut

Secara Rawak

ANKARA: Statistik peperangan yang meletus di Syria menunjukkan sekitar 14 juta orang memerlukan bantuan kemanusiaan di wilayah bergolak di negara tersebut.

Sementara itu, sekitar 6 juta orang menjadi pelarian dengan hampir 5 juta orang telah melarikan diri ke negara jiran termasuk ke wilayah Eropah.

Menurut pengesahan pihak berkuasa, sekitar 400,000 termasuk warga awam terkorban di Syria sejak konflik bermula antara rejim pemerintah diktator Bashar al-Assad yang pro-Syiah Nusairiyah dengan pembangkang di Aleppo dan 157 wilayah aliran Sunni termasuk Dar’aa, Hauran, Halab dan lainnya.

turky-babies01Badan bantuan, Kecemasan dan Bencana Turki (AFAD) mengendalikan 26 pusat penempatan pelarian di Turki. Mereka selama ini menawarkan bantuan berupa keperluan fizikal, sosial dan psikologi untuk para pelarian.

Mungkin menjadi ubat dan penawar serta berita gembira kepada mereka yang simpati dengan konfik berdarah yang berlarutan ini, AFAD melaporkan sekitar 170,000 warga baru Syria lahir sebagai bayi pelarian di Turki.

Worldbulletin melaporkan setakat ini, terdapat tiga juta pelarian dari wilayah bergolak membanjiri Ankara dan bandar lain di Turki menjadikan Turki negara yang menampung pelarian Syria paling banyak di dunia. 

Menurut AFAD, mereka memberi makanan khusus kepada ibu hamil dan yang sedang menyusu bayi masing-masing.

Selain itu mereka turut menghulurkan kemudahan kesihatan untuk anak-anak pelarian di seluruh kota di Turki.

Menurut Memo pada Rabu lepas, Turki mengeluarkan dana AS$2 bilion bagi tujuan mengurus pelarian.

Selain itu, AFAD menyebut, bantuan daripada masyarakat Turki berjumlah AS$512 juta juga turut disalurkan kepada mangsa pelarian.

Sejak perang  tercetus di Syria, AFAD turut menghantar bantuan kemanusiaan sebanyak AS$520 juta atau 1.63 bilion lira Turki.

Menurut data AFAD, di kem penampungan pelarian, terdapat sekitar 82,000 anak bersekolah seperti dilaporkan Agensi.

Tidak hanya memberikan bantuan, AFAD juga membekalkan sekitar 115,000 remaja Syria dengan pelbagai kemahiran.

Mereka dilatih melalui pelbagai latihan dan diberikan sijil yang diuruskan oleh pusat AFAD.

Campur tangan Rusia membantu rejim Bashar memburukkan ketegangan di Syria.

Sementara, AS yang berhelah memerangi ISIS di Syria menambah beban yang lebih teruk. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru