Thursday, December 8, 2022

10,000 rumah bakal dibina untuk generasi kedua peneroka Felcra, Risda

Secara Rawak

KOTA BHARU: Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata, Kerajaan akan membina 10,000 unit rumah untuk generasi kedua peneroka yang tinggal di tanah rancangan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) dan Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (Felcra) di seluruh negara.

Beliau berkata rumah berkenaan akan dibina selepas kementerian menerima peruntukan sebanyak RM200 juta seperti yang diumumkan dalam Bajet 2017 baru-baru ini.

“Setiap agensi menerima peruntukan khusus RM100 juta dan kita akan bina 5,000 unit di bawah Risda dan 5,000 unit di bawah Felcra bermula tahun depan,” katanya selepas merasmikan Himpunan Jalinan Kasih Peserta Azam Tani Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) di Pasir Tumboh di sini, semalam.

Katanhya, setiap rumah dianggarkan bernilai RM65,000 namun kerajaan akan menjualnya dengan harga RM45,000 selepas subsidi sebanyak RM20,000 bagi membolehkan generasi kedua peneroka memiliki kediaman sendiri.

14907661_1234427519962614_7544226936323512957_n

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru