Sunday, June 26, 2022

Ribuan tunjuk perasaan desak Presiden Korea Selatan berundur

Secara Rawak

SEOUL: Ribuan rakyat Korea Selatan yang turun ke jalan raya  di bandar raya ini Sabtu mendesak agar Presiden Park Guen-Hye berundur susulan dakwaan skandal rasuah.

Penarafan populariti beliau menjunam hingga lima peratus sahaja, terendah pernah dicatatkan seorang Presiden yang masih berkuasa sejak demokrasi diperkenalkan di negara itu pada 1980-an.

Park mempunyai 15 bulan lagi sebelum berakhirnya tempoh perkhidmatan rasmi beliau.

Jika beliau berundur sebelum tempoh berkenaan, di bawah undang-undang Korea Selatan, pilihan raya perlu diadakan untuk memilih Presiden dalam tempoh 60 hari.

Melabelkan beliau sebagai “pengkhianat” dan “penjenayah”, tunjuk perasaan terbesar pernah disaksikan dalam setahun.

Ini berikutan permohonan maaf beliau di televisyen di sebalik tuduhan beliau memanipulasikan kuasa dengan menggunakan teman rapatnya.

Melalui siaran langsung itu, Park mengakui kesilapannya membenarkan rakannya, Choi Soon-Sil mengakses kepada draf ucapan rasminya, namun beliau menafikan tuduhan yang mengaitkan mereka berdua dengan ajaran sesat.

korea-demo-0001

Beliau juga dituduh campur tangan dalam hal ehwal rasmi negara, termasuk pelantikan menteri dan keputusan dasar negara.

Choi, 60, didapati menggunakan hubungan rapatnya dengan Presiden untuk mempengaruhi syarikat mendermakan sejumlah besar wang kepada yayasan sukarela sebelum digunakan untuk kepentingan peribadinya.

Kira-kira 20,000 anggota polis dikerah mengawal keadaan yang disertai kira-kira 45,000 orang meskipun penganjur mendakwa perhimpunan berkenaan disertai 200,000.

Penunjuk perasaan menyanyi dan bertepuk tangan apabila terdapat ucapan mendesak beliau berundur.

Ada yang mendesak agar beliau ditahan.

Park cuba meredakan keadaan dengan memecat lapan pembantunya baru-baru ini. – Sarawakvoice

korea-demo-0000

 

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru