Tuesday, June 28, 2022

ManCity mampu seri, gagal manfaatkan peluang bertemu Middlesbrough

Secara Rawak

Manchester City gagal memanfaatkan perlawanan di gelanggangnya sendiri dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris, mengasak Middlesbrough di Stadium Etihad pada Sabtu.

Manchester City hanya mampu terikat seri 1-1 dengan Middlesbrough walaupun menguasai permainan sejak awal.

Ia tidak memanfaatkan beberapa peluang emas yang dimiliki separuh masa pertama meskipun Aguero sempat menjaringkan gol selepas waktu rehat beberapa minit kemudian.

Penyerang warga Argentina itu menjaringkan gol ke-150nya semenjak bersama ManCity melalui umpanan Kevin De Bruyne di kotak penalti.

Pemain Manchester City, Ilkay Guendogan tersasar tendangannya pada minit ke-65.

Begitu juga Aguero tidak berjaya menyumbat gol yang jatuh di atas gawang pada minit ke-85.

Middlesbrough yang hanya menguasai 25 peratus permainan mengambil beberapa inisiatif menyerang pada separuh masa kedua.

Masa tambahan permainan yang diperuntukkan pengadil, memadam harapan Manchester City memenangi pertarungan.

Sebaliknya Marten de Roon, 25 pemain tengah Middlesbrough yang banyak melakukan serangan berjaya menyumbat gawang pada minit ke-91, memutihkan mata hitam Manchester City.

Bagaimanapun, Manchester City masih unggul di puncak carta, memungut 24 mata dalam Liga Perdana Inggeris, diikuti rapat ketinggalan 1 mata oleh Arsenal dan Liverpool. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru