Saturday, December 3, 2022

Dua tekong Indonesia diculik di perairan Kertam

Secara Rawak

KOTA KINABALU: Dua tekong warga Indonesia dilaporkan diculik di perairan Kertam, kira-kira 15 batu nautika dari Sungai Kinabatangan.

Kejadian itu difahamkan berlaku pada 1.30 tengah hari semalam membabitkan beberapa nelayan menaiki dua bot.

Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) pada Sabtu Datuk Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata dalam dua insiden di perairan itu, tekong berusia 52 dan 46 tahun itu diculik di antara 11 pagi dan 11.45 pagi.

Dalam kejadian pertama, sekumpulan lima lelaki bersenjata menculik seorang tekong berusia 52 tahun dan meninggalkan awak-awak berusia 47 dan 35 tahun

Selepas insiden pertama, kumpulan bersenjata itu kemudian menculik tekong sebuah kapal lagi dan meninggalkan tiga yang lain dalam kapal berkenaan termasuk anak mangsa berusia 10 tahun.

“Kami menerima maklumat selepas kesemua anak kapal berlabuh di jeti Sandakan pada 6.40 petang,” katanya dipetik Bernama.

Wan Abdul Bari berkata kelima-lima lelaki bersenjata itu berpangkalan di Kepulauan Tawi-Tawi dan mungkin tiada kaitan langsung dengan kumpulan Abu Sayyaf.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru