Monday, June 27, 2022

Wanita mangsa culik dirantai leher seperti anjing, dua bulan disembunyi dalam kontena

Secara Rawak

WASHINGTON: Polis menangkap Todd Kohlhepp apabila Victoria Brown, wanita warga Carolina Selatan yang hilang pada Ogos lepas ditemui dirantai seperti anjing dalam sebuah kontena di Woodruff milik Todd.

screen-shot-2016-11-05-at-13-05-55Todd, broker barang memiliki TKA Real Estate didakwa atas pencabulan seks, mengaku terdapat empat mayat dikuburkan terpisah di tanah miliknya di tanah seluas 100 ekar.

Victoria dilaporkan hilang bersama kekasihnya yang masih belum dapat dikesan, tetapi polis menemui kereta miliknya di lokasi yang sama.

Sherriff Spartanburg County, Chuck Wright mengatakan penyiasat masih berusaha memastikan bahawa mangsa tidak berurusan dengan pembunuhan berantai.

Wright juga percaya suspek merupakan kawan mangsa sendiri.

“Saya tak fikir ini tindakan pembunuhan,” katanya kepada wartawan menurut Independent pada Jumaat.

Polis berkata mereka menemui Victoria terkunci di dalam kontena berukuran 30×15 kaki selama dua bulan dengan lehernya dililit rantai logam seperti anjing.

Polis mengetahui Victoria berada di dalam kontena ketika mereka menyiasat kawasan hartanah milik Todd.

Awalnya, polis menerima laporan awam berkaitan adanya perangkap beruang di sekitar hartanah berkenaan.

Beberapa bekas tembakan serta kelongsong peluru turut ditemui di sekitar hartanah terbabit.

“Kami berusaha menyelesaikan kes ini dan menentukan jenis pendakwan ke atas suspek.

“Salah satu tuduhan ialah penculikan serta pembunuhan,” kata Wright.

Jiran Todd, Ron Owen yang mengaku selalu bercakap dan menegur dengan lambaian tangannya, berkata, “sekarang dia umpama seekor raksasa,” selepas mengetahui kejahatan Todd sebaik sahaja dia ditahan polis pada Khamis lepas.

Fox melaporkan, menurut Maricopa County Sheriff dari Arizona, Todd pernah dipenjara dari Oktober 1987 hingga November 2001 atas kesalahan menculik dan melakukan serangan seksual terhadap gadis berusia 14 tahun.

Menurut dokumen mahkamah, Todd dipaparkan berkelakuan ganas dan cenderung melakukan serangan seksual seawal usia 9 tahun.

Todd ditahan di Pusat Penahanan Spartanburg County dan sedia untuk didakwa atas tuduhan penculikan. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru