Monday, June 27, 2022

Selamatkan 439 nyawa: Juruterbang terima ganjaran RM1.8 juta, berjaya  elak pertembungan pesawat

Secara Rawak

SHANGHAI: Seorang juruterbang di negara ini telah diberi ganjaran tiga juta yuan atau RM1.8 juta kerana bertindak bijak dan pantas sehingga berjaya menyelamatkan 439 nyawa.

pilot-china-airline-elak-tembung-0000Krew kabin juga diberi ganjaran 600,000 yuan kerana memainkan peranan masing-masing dengan baik.

He Chao, juruterbang pesawat China Eastern Airlines itu berjaya mengelak pertembungan dua pesawat tersebut yang hanya berada 19 meter (62 kaki).

Insiden dilaporkan berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Shanghai Hongqiao pada jam 12.04 petang, 11 Oktober lalu.

Penerbangan MU-5643, Airbus A320-200 bersedia untuk berlepas ketika penerbangan

Pesawat China Airlines MU5106, Airbus A330-300 baru sahaja mendarat dari Beijing dan sedang bergerak ke terminal.

Pada waktu yang sama Chao mulai mempercepat kelajuan pesawat dipandunya, apabila Airbus A330-200 memasuki landasan, lapor Aviation Herald.

https://www.youtube.com/watch?v=grbNDxt5BSU

Menurut satu kenyataan di laman web China Eastern Airlines, pada masa itu, Airbus A320 sudah bergerak kira-kira 240km/j.

Siasatan dilancarkan oleh pihak berkuasa penerbangan China, CAAC, mendapati kawalan trafik udara melakukan kesalahan dalam kejadian berkenaan.

Susulan kejadian itu, pihak berkuasa telah membatalkan lesen dua pengawal trafik udara bertanggungjawab terhadap kejadian itu dan menghukum 13 pegawai kawalan trafik udara dari Biro Pengawalan Eastern China Air. – Sarawakvoice

pilot-china-airline-elak-tembung-0001

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru