Thursday, December 8, 2022

Prestasi sekolah menurun apabila pengetua cemerlang pindah?

Secara Rawak

KUCHING: Apabila pengetua atau guru besar sesebuah sekolah yang cemerlang dipindahkan ke sekolah lain, terbukti prestasi sekolah yang ditinggalkannya menurun selagi penggantinya tidak berfungsi cemerlang.

Ini menjelaskan perihal berkesannya kepemimpinan seorang pengetua atau guru besar, justeru Menteri Kebajikan, Wanita dan Kesejahteraan Komuniti, Datuk Fatimah Abdullah meletakkan fungsi pengetua sebagai antara empat faktor utama menyumbang kepada kecemerlangan sekolah.

14938243_1305342546173865_5071686111289992499_n

Fatimah berkata, “Pengetua atau guru besar memainkan peranan penting dalam membimbing kecemerlangan sekolah.

“Pengetua mempunyai kuasa untuk memberi arahan kepada guru sama ada dalam aspek akademik mahupun kokurikulum.

Bercakap pada Majlis Konvokesyen dan Anugerah Kecemerlangan Pelajar 2016 di SMK Batu Lintang pada Jumaat Fatimah berkata, hal ini menunjukkan besarnya kuasa seseorang pengetua atau guru besar yang menentukan arah tuju sekolah yang dipimpinnya.

Sementara itu, tiga lagi faktor penting menjadikan sesebuah sekolah cemerlang ialah peranan guru, sokongan ibu bapa serta kerjasama ibu bapa-guru.

Selain itu kecemerlangan sekolah turut diukur oleh aspek kecemerlangan akademik, ko-kurikulum dan pentadbiran sekolah.

Bagi Fatimah faktor guru penting kerana merekalah yang bertanggungjawab menterjemahkan nilai dan falsafah kepada para pelajar.

“Minat seseorang pelajar untuk terus mempelajari matapelajaran yang diajar banyak bergantung kepada bagaimana guru menterjemahkan pengajaran itu di kelas,” ujar Fatimah.

“Setiap pelajar berbeza dan memiliki potensi masing-masing. Potensi itulah yang perlu dikembangkan ke tahap maksimum,” kata Fatimah.

Manakala, faktor sokongan ibu bapa terhadap anak mereka penting kerana restu orang tua

sebagai guru pertama yang mengajar anak sejak bayi untuk mengenal dunia ini, bahasa pertuturan dan sebagainya tetap diingat oleh anak sampai bila-bila.

Tidak dinafikan, hubungan baik antara ibu bapa-guru pula membantu melicinkan pentabdiran sekolah.

“Kita akui, masih banyak kekurangan yang perlu dipenuhi namun, dengan adanya hubungan yang baik antara pengetua, guru dan ibu bapa, banyak cabaran akan dapat diatasi bersama,” ujar Fatimah.

Biasanya anak yang cemerlang lahir daripada sikap ibu bapa yang suka menghubungkan dirinya dengan pentadbir sekolah termasuk dengan guru dan dengan aktiviti melibatkan anak di sekolah. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru