Penerbangan terus MAS dari Kuching, Kota Kinabalu ke China

0
3

BEIJING: Mulai tahun depan, Malaysia Airlines akan menambah 35  penerbangan, selain membuka 11 destinasi baharu ke China dalam usaha untuk mewujudkan jaringan yang lebih baik dan memantapkan hubungan perniagaan antara kedua-dua negara.

Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines, Peter Bellew dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam berkata, terdapat 20 potensi penerbangan terus ke 20 bandar raya China dari Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Kota Kinabalu dan Kuching menjelang 2019.

“Kami punya keyakinan yang besar di China. Jaringan sambungan yang lebih baik akan memantapkan lagi hubungan perniagaan antara kedua-dua negara,” katanya.

Laluan baharu Malaysia Airlines antaranya ialah KL-Haikou, KL-Nanjing, KL-Chengdu, KL-Chongquing, kota Kinabalu-Tianjin.

Beliau berkata, pasaran pelancongan China ke Malaysia berkembang pesat kerana makanan yang dikongsi, bahasa dan hubungan budaya.

China dengan 1.3 bilion penduduk merupakan sebuah negara yang mengalami kerancakan pertumbuhan ekonomi dengan jumlah rakyatnya melancong ke luar negara semakin meningkat dari tahun ke tahun.