Thursday, September 29, 2022

Penculikan di Sipadan: KM Sabah cabar Nur Musuari dedahkan rakyat Malaysia

Secara Rawak

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman mencabar   pengerusi Berisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) Nur Misuari untuk mendedahkan nama  individu warga Malaysia yang didakwa terbabit dalam penculikan Sipadan.

“Ini tuduhan yang serius. Nur Misuari perlu namakan individu yang beliau dakwa terbabit dalam penculikan,” katanya dalam satu kenyataan.

Musa Aman berkata Misuari tidak sepatutnya melemparkan tuduhan tanpa bukti.

“Nur Misuari sepatutnya mengambil cara diplomasi bukannya berlawan, serta mencari kestabilan untuk kawasannya dan menjalin hubungan yang aman dengan jirannya,” ujarnya

Musa, yang juga Pengerusi Majlis Keselamatan Sabah berkata dakwaan itu bukan sahaja mencalar imej negara tetapi juga menjejaskan hubungan antara Malaysia dengan Filipina.

Kenyataan Musa itu susulan laporan media yang memetik Nur Misuari sebagai berkata beliau mempunyai bukti bahawa pemimpin Malaysia terbabit dalam penculikan untuk tebusan di Sipadan, Sabah pada April 2000 apabila 10 rakyat Malaysia dan 11 warga asing diculik kumpulan bersenjata di Sipadan.

Nur Misuari  dipetik sebagai berkata akan membawa mereka yang terbabit ke muka pengadilan, termasuk ke mahkamah antarabangsa. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru