Thursday, December 8, 2022

300 peluang untuk pelajar SPM ikuti pelajaran di Jepun

Secara Rawak

KOTA BHARU: Majlis Amanah Rakyat (MARA) menawarkan 300 tempat kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang mencatat keputusan cemerlang tahun ini bagi menyambung pengajian pada peringkat diploma di Jepun.

Pengerusinya, Tan Sri Annuar Musa, berkata tawaran itu bagi mengikuti pengajian dalam bidang kejuruteraan mekanikal dan elektrikal melalui program Pengajian Tinggi Malaysia Jepun (MJHEP).

Ini merupakan kumpulan ketujuh dihantar ke luar negara di bawah Yayasan Pelajaran MARA (YPM) membabitkan peruntukan RM90 juta.

Setakat ini hampir 400 pelajar MJHEP kumpulan sedang mengikuti program berkenaan dalam bidang mekanikal dan elektrikal.

Ujarnya, pelajar yang berjaya bakal ditempatkan di lebih 20 universiti terbaik di Jepun.

Di bawah program itu pelajar terbabit perlu mengikuti pengajian dua tahun di universiti di Kuala Lumpur sebelum mereka menyambung pengajian selama dua tahun di Jepun.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Restu Ilmu dan Penyampaian Exam Kit kepada bakal calon SPM 2016 Parlimen Ketereh di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kadok, di sini, malam kelmarin.

Pemilihan pelajar akan dibuat sebaik keputusan SPM diumumkan nanti bagi membolehkan mereka mendapat biasiswa itu. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru