BEIJING – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menunaikan solat Jumaat di sebuah daripada majlis terkenal dan tertua di Beijing, Masjid Dongzhimen.

screen-shot-2016-11-04-at-3-26-42-pmNajib, yang sedang melakukan lawatan rasmi ke China sejak Isnin lepas, turut menyampaikan sumbangan peribadi kepada imam masjid itu, Wang Chong-en, selepas solat.

Menurut laporan, masjid itu asalnya dibina semasa Dinasti Yuan (1271-1368), bagaimanapun bangunan yang ada sekarang dibina pada akhir Dinasti Qing (1644-1911) sebelum dibina semula dan dipindahkan ke Dongzhimenwai, Daerah Dongcheng.  – Bernama