KUALA LUMPUR: Host program Ruang Bicara Bernama TV, Dahlan Maamor, kini dibenarkan kembali bertugas berkuat kuasa serta-merta, setelah digantung pada 27 Oktober lalu oleh Agensi Berita Nasional (Bernama.
Dahlan dalam kenyataan berkata, beliau dipanggil Pengurus Besar Bernama, Datuk Zulkifli Saleh bagi menyampaikan keputusan menarik balik penggantungan itu.
Dahlan baru-baru ini mendakwa tindakan ‘pendedak’ menyebabkan beliau digantung daripada menjadi host program itu.
Penggantungan itu difahamkan diambil selepas Dahlan menulis sedutan Ruang Bicara mengenai peguam Adnan Seman yang memohon Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berfikir secara serius untuk berundur jika tindakan itu dapat membawa mengukuhkan UMNO.
Namun, kritikan berkenaan dikatakan tidak diterima baik oleh pihak UMNO.