Saturday, December 3, 2022

Atlet 4×100 meter remaja Sarawak lemas, jatuh tongkang

Secara Rawak

SIBU: Sarawak kehilangan sebutir permata semalam apabila salah seorang pelari pecut berpotensinya, maut setelah jatuh dari tongkang yang dinaikinya.

atlet-sarawak-maut01Frederickson Likun Mejang, 16 tahun, ditemui petang semalam, 26 jam selepas dia dilaporkan hilang dan dikhuatiri jatuh ke dalam Batang Rajang.

Kehilangan Frederickson tidak disedari sehinggalah tongkang yang dinaikinya dari jeti Pekan Kanowit tiba di Sibu.

Susulan laporan yang dibuat oleh rakannya tersebut, satu gerakan mencari dan menyelamat (SAR) telah dilancarkan, dengan berpangkalan di Pekan Kanowit.

Menurut Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Sarawak, Farhan Sufyan Borhan, mayat mangsa ditemui terapung oleh orang awam di kawasan Nanga Bob Jih, yang jaraknya 15 minit perjalanan menggunakan bot dari jeti Pasar Kanowit.

“Pasukan bomba dan pihak polis kemudian terus bekejar ke lokasi untuk mengambil mayat mangsa, sebelum menurunkannya di jeti sekitar jam 5.55 petang semalam.

“Mayat mangsa kata Farhan, diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan bedah siasat.

Frederickson merupakan pernah mencatatkan 12.21 saat dalam 100 meter peringkat bawah 14 tahun dalam kejohanan Majlis Sukan Sekolah Sarawak selain muncul sebagai kuartet yang mencatat emas 4×100 meter bawah 15 tahun Majlis Sukan Sekolah Malaysia di Melaka pada 12 Mei 2015.

Ketika kejohanan tersebut, Frederikson dan rakan-rakan mencatatkan 43.54 saat menumpaskan saingan Pulau Pinang, 43.69 saat dan Johor 43.71 saat. Pada saingan separuh akhir, kuartet yang sama mencatatkan 43.43 saat. – Sarawakvoice

atlet-sarawak-maut00

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru