Tuesday, October 4, 2022

Anuar: Husam hari ini bukan Husam yang ‘original’

Secara Rawak

KOTA BHARU: Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan, Perpaduan Masyarakat dan Pembangunan Usahawan Negeri Kelantan, Datuk Anuar Tan Abdullah berkata, Datuk Husam Musa hari ini bukan lagi Husam yang ‘original’  yang  dikenalinya begitu lama.

Datuk Anuar Tan Abdullah
Datuk Anuar Tan Abdullah

Menurut beliau, semasa beliau masih dalam kerajaan dan pucuk pimpinan parti, hujah beliau berfakta, bernas, fokus dan tidak pernah cuba melibatkan orang lain yang tidak berkenaan dalam semua isu.

Husam pernah menjadi EXCO Kerajaan Negeri Kelantan di bawah era pemerintahan Datuk Nik Aziz Nik Mat dan juga Naib Presiden Pas.

Beliau telah dipecat oleh Pas dan kini bersama Amanah.

Husam dilihat banyak mengkritik parti Islam itu dan juga dasar yang dilaksanakan oleh Nik Aziz yang dikenali sebagai Tok Guru.

Antara isu yang dibangkitkan oleh Husam pada persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan baru-baru ini ialah isu Kompleks Perkayuan Kelantan, Ladang Getah Klon Balak dan isu Ladang Rakyat.

Perkara yang dibangkitkan oleh Husam, menurut beliau, bukanlah kelemahan dasar tetapi mungkin didorong kelemahan semasa proses pelaksanaan tersebut kerana ia melibatkan begitu ramai pegawai dan kakitangan bagi mengendalikan pentadbiran dan pengurusannya.

“Maka tidak dinafikan akan terdapat kelemahan-kelemahan semasa pelaksanaan dan perkara tersebut perlu dibaiki dan boleh baiki sekiranya dimaklum secara berhemah,” katanya.

“Selama 22 tahun Almarhum Tok Guru memimpin kerajaan Negeri Kelantan, Almarhum Tok Guru telah mengilhamkan dan melaksanakan beratus bahkan beribu dasar, polisi dan program dengan jayanya untuk membangunkan Negeri Kelantan,” ujarnya.

Menurut Anuar, pelbagai pengiktirafan telah diberikan kepada kerajaan Kelantan seperti lawatan bekas Ketua Menteri Singapura, mendiang Lee Kuan Yew ke Kelantan bersua muka dengan Almarhum Tok Guru pada tahun 2012. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru