Monday, June 27, 2022

Remaja tukar nama kepada iPhone 7 mahu menang telefon pintar Apple

Secara Rawak

KIEV: Sim bermaksud 7 dalam bahasa Ukraine. Olexander Turin, 20 sanggup menukar namanya kepada iPhone Sim semata-mata mahu memenangi sebuah iPhone 7.

Tech Smart melaporkan pada Rabu, iPhone Sim hanya mengeluarkan modal AS$2 (RM8) bagi menukar namanya di pejabat pendaftaran Ukraine.

Keseriusannya menukar namanya kepada nama baru itu dan menyertai tawaran kedai elektronik Apple tempatan di Kiev, Ukraine menjadikannya berpeluang memenangi iPhone 7.

2016%2f10%2f29%2f89%2fmrsim087-329b5

Dia memenangi gajet terbaru keluaran Apple itu secara percuma bersama empat lagi pelanggan lain yang sanggup menukar nama mereka yang membawa makna berkaitan telefon pintar tersebut.

Di Ukraine harga bagi sebuah iPhone 7 dianggarkan AS$850 (RM3,500).

iPhone Sim berkata, dia akan menggunakan nama baharu itu buat sementara waktu dan akan menukar semula ke nama asal yang diberikan oleh ibu bapanya semasa bayi.

Kakak kepada iPhone Sim berkata, “sukar menerima (penukaran nama) itu dan sukar mempercayai ia adalah benar (memenangi iPhone 7).”

Kakaknya menambah, “setiap orang di dunia ini mencari satu cara untuk menyatakan dirinya sendiri. Mengapa tidak berbuat demikian dengan cara ini?”

Adakah sesiapa sudah terfikir mahu menukar namanya bagi menyertai sebarang peraduan berkaitan Samsung Galaxy Note 7?  – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru