Abang Johari tiba di Taiwan rintis penerbangan sewa khas ke Sarawak

0
6

TAIWAN: Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pelancongan Kebudayaan dan Kesenian Sarawak, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Taoyuan semalam dengan harapan untuk membuka langit Sarawak kepada lebih banyak penerbangan sewa khas dari Taiwan.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabatnya hari ini, Abang Johari dijangka menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman di antara Lembaga Pelancongan Sarawak dan See Mark Travel Services Mark (SMTS) pada pagi Jumaat untuk membolehkan SMTS melancarkan perkhidmatan secara penerbangan sewa khas di antara Taipei dan Kuching awal tahun depan.

Pada sebelah petang, Abang Johari, yang diiringi oleh Menteri Mudanya, Datuk Lee Kim Shin akan menjadi hos jamuan tengah hari dengan sebuah syarikat penerbangan Taiwan tempatan untuk membincangkan cadangan charter atau pernerbangan sewaan khas tersebut

Abang Johari turut menjadi hos majlis makan malam untuk lebih daripada 20 ejen Taiwan pada petang Jumaat sebelum pulang ke Kuching pada hari berikutnya.

Sebelum ini, beliau telah mengumumkan Kerajaan Negeri akan mengeluarkan pas kebenaran khas untuk para pelancong yang menggunakan penerbangan sewa khas ke Sarawak, sekiranya tidak melalui pintu yang menyediakan visa untuk ketibaan.

Taiwan merupakan salah sebuah negara yang dijangka menggunakan pas khas yang sah untuk 120 jam itu. – Sarawakvoice