Kerajaan Barisan Nasional Sarawak telah membuat keputusan yang tepat apabila berusaha membuat usul yang komprehensif meliputi semua aspek berkaitan hak Sarawak dalam Perjanjian Malaysia 1963, Akta Malaysia, Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan Malaysia dan Laporan Suruhanjaya Cobbold.

Usul seumpama ini sudah semestinya menggembirakan anak-anak Sarawak kerana ia merangkumi semua aspek hak-hak Sarawak.

Masanya sudah tiba pemimpin Sarawak mendapatkan semula hak-hak yang telah diambil daripada tangan anak-anak Sarawak sendiri.

Anak-anak Sarawak telah lama bersabar dengan karenah Malaya menganaktirikan Sarawak, seolah-olah tidak ada jasa dalam pembentukan Malaysia dan membangunkan Malaysia.

Contoh mutakhir ialah keputusan untuk menutup dua Institusi Pendidikan Guru (IPG) tanpa membuat rundingan dengan Kerajaan Barisan Nasional Negeri.

Belanjawan 2017 juga tidak memberi manfaat yang signifikan kepada Sarawak.

Saya percaya apabila Sarawak berjaya mendapatkan semula hak-haknya, Sarawak akan mampu membangunkan ekonominya.

Marilah kita semua, anak-anak Sarawak, berdiri dengan kukuh di belakang Tan Sri Adenan Satem dalam menjayakan agenda dan misi utama ini.

* Pandi Suhaili merupakan mantan Naib Ketua Pemuda PBB Sarawak