Thursday, December 8, 2022

Wanita dominasi 62.8 peratus jawatan guru di S’wak

Secara Rawak

KUCHING: Daripada jumlah 41,907 keseluruhan guru yang mengajar di semua peringkat sekolah rendah dan menengah di Sarawak, wanita mendominasi jawatan guru 62.8 peratus bersamaan 26,326 orang, manakala guru lelaki 37.2 peratus yakni berjumlah 15,578 orang.

Menteri Kebajikan Wanita dan Kesejahteraan Komuniti Datuk Fatimah Abdullah berkata, statistik Jabatan Pendidikan Sarawak setakat Oktober menunjukkan, di sekolah rendah terdapat 62.5 peratus guru wanita iaitu 16,396 orang, manakala guru lelaki 37.5 peratus iaitu 9,853 orang.

14947708_10209310559434939_3160179131265096685_n

Sementara, di sekolah menengah seluruh negeri terdapat 63.4 peratus guru wanita iaitu 9,933 orang, manakala 36.6. peratus guru lelaki yakni 5,725 orang.

Fatimah menggariskan kejayaan wanita seamsa berucap pada Majlis Penghargaan Personel Dalam Buku “Sarawak Women In Education: Shaping The Mind, Body and Spirit”  di Wisma Wanita, Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak, Jalan Sultan Tengah pada Isnin.

“Memang wajar untuk menerbitkan buku yang bertujuan untuk mengingati sumbangan mereka dalam mendidik nusa dan bangsa menjadi insan yang berguna,” ujar beliau.

Fatimah turut mengumumkan, seramai 42 personaliti buku tersebut diraikan menjelang Hari Wanita pada Sabtu ini, 5 November di Stadium Perpaduan yang akan dilancarkan oleh Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem.

Fatimah berkata, barisan personaliti yang berlatarbelakangkan pendidik dari pelbagai bidang itu diraikan bagi merakam rasa terima kasih dan penghormatan atas jasa termasuk kerjasama menerbitkan buku tersebut. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru