Tuesday, October 4, 2022

Tidak salah PM bawa keluarga ke China

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Ketua Penolong Pengarah Bahagian Khas Pejabat Perdana Menteri, Datuk Rizal Mansor berkata, tidak  salah bagi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Najib Razak membawa ahli keluarganya dalam lawatannya ke negara China.

Katanya, penyertaan ahli keluarga Perdana Menteri dalam lawatan ke China merupakan satu kebiasaan untuk pemimpin besar negara itu menjalinkan keakraban melalui hubungan peribadi dan keluarga dengan pemimpin lain.

screen-shot-2016-11-01-at-4-33-30-pm

Semalam Najib dan isteri tiba di Beijing untuk lawatan rasmi enam hari ke China.

Tujuan lawatan itu adalah mengukuhkan lagi hubungan dua hala yang lama terjalin antara kedua-dua negara

“Kerajaan China telah menjemput Perdana Menteri dan keluarganya dalam lawatan ke China kali ini,” katanya dalam satu kenyataan.

“Walaupun Perdana Menteri jarang membawa keluarga beliau, tetapi adalah normal jika PM mahukan anak-anaknya bersama ketika lawatan panjang selama seminggu – apatah lagi jika terdapat jemputan khas untuk membawa keluarga,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab isu dibangkitkan Ahli Parlimen Padan, Rafizi Ramli yang mempersoalkan mengapa ahli keluarga Perdana Menteri ikut serta dalam kunjungan kerajaan ke China.

Rizal berkata, terdapat banyak perjanjian perdagangan dan pelaburan yang akan ditandatangani dalam lawatan rasmi ini yang  bakal membawa puluhan bilion ringgit pelaburan dan manfaat untuk Malaysia.

“Mengapa perlu dibangkitkan soal kecil mengenai kedua anak mengikuti beliau dalam lawatan ini? Lagipun lawatan ke China bukan untuk menunggang kuda ataupun melawat ladang,” katanya. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru