Friday, December 2, 2022

RM5 juta untuk  lahirkan Selangor Business School

Secara Rawak

SHAH ALAM:  Kerajaan Negeri akan mewujudkan Selangor Business School (SBS) yang bakal menawarkan pengajian Master in Business Administration (MBA).

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2017 di Dewan Negeri Selangor (DNS), di sini, semalam berkata, sebanyak RM5 juta akan diperuntukkan bagi merealisasikan hasrat itu.

“Mereka berperanan sebagai penyumbang nilai dan pemimpin di pelbagai peringkat dan bidang strategik,” katanya.

“Kumpulan ini akan menyumbang sebagai pemangkin pembangunan sosio ekonomi bagi negeri pintar,” ujarnya.

Menurut Azmin, sekolah sarjana perniagaan berkenaan nanti akan menghasilkan siswazah bagi memenuhi keperluan dan tuntutan perniagaan, korporat, industri dan sektor awam selaras dengan status Selangor yang bergerak maju ke arah ‘knowledge economy’.

“Graduan SBS akan mempunyai nilai tambah dalam pelbagai kebolehan, dinamik dan berorientasi global,” katanya. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru