Wednesday, December 7, 2022

Piala Solidariti AFC di Kuching bermula esok

Secara Rawak

KUCHING: Sarawak akan menjadi tuan rumah kejohanan sulung Piala Solidariti AFC yang akan bermula pada esok.

Menteri Muda Belia dan Sukan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, tujuh negara akan terlibat dalam kejohanan anjuran Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) itu.

“Ia akan berlangsung dari 2 hingga 15 November di Stadium Sarawak dan Stadium Negeri, yang secara kebetulan terletak bersebelahan,” katanya ketika dihubungi.

Abdul Karim berkata, antara negara yang telah mengesahkan penyertaan termasuklah Brunei Darussalam, Timor Leste, Laos, Macau, Nepal, Sri Lanka dan Mongolia.

“Sebagai anak Sarawak, kami berasa bangga kerana negeri ini dipilih oleh AFC sebagai tuan rumah dan berharap ia akan menjadi pemangkin kepada kejayaan sukan tersebut di negeri ini pada masa depan,” katanya lagi.

Jelasnya lagi, sebagai tuan rumah, pihaknya berharap dapat memberikan yang terbaik untuk penganjuran kali ini, terutamanya dalam mempromosikan Sarawak kepada negara-negara yang bertanding.

“Malah saya menaruh harapan yang tinggi rakyat Sarawak akan hadir dan memberi sokongan kepada pasukan yang bertanding,” jelasnya lagi.

Karim jelas gembira kerana Sarawak secara berterusan dipilih untuk menjadi tuan rumah acara sukan anrarabangsa , dan ia amat membantu dari aspek meningkatkan sosioekonomi dan sektor pelancongan negeri ini.

Piala Solidariti AFC merupakan kejohanan yang disertai maksimum sembilan pasukan.

Enam pasukan yang bertanding hanya layak untuk menyertainya selepas mereka kalah pada pusingan pertama kelayakan Puala Dunia FIFA 2018 dan Piala AFC 2019.

Bagaimanapun dalam kejohana sulung ini hanya tujuh pasukan yang bertanding selepas Pakistan dan Bangladesh membuat keputusan untuk menarik diri. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru