Friday, October 7, 2022

Marlon lupa pasport tertinggal pesawat, Barcelona lwn ManCity subuh esok

Secara Rawak

BARCELONA: Pasukan Barcelona sudah bertandang di Britain sejak Ahad di kubu lawan Manchester City untuk pertarungan Grup C Liga Champions 2016-2017 Rabu, subuh esok.

Sebelum ni Barcelona berjaya menjinakkan Manchester City 4-0 dan sedia meraih kemenangan selepas perlawanan minggu ketiga 20 Oktober lepas.

Di Twitter, pemain Barcelona dikatakan teruja untuk perlawanan seterusnya, tetapi media Sepanyol dan Britain menonjolkan ketidakhadiran pemain harapan Barcelona B, iaitu Marlon Santos.

Marlon dibawa masuk oleh Luis Enrique selepas aksi memukaunya berjaya menambat jurulatih Barcelona itu.

Di mana Marlon?

Rupanya, semasa pasukan Barcelona hendak menaiki pesawat menuju Manchester, Marlon tertinggal pasportnya dan dia terpaksa ditinggalkan.

Bagaimanapun, Marlon tergesa-gesa terbang ke Manchester pada Isnin siang selepas balik rumah mendapatkan pasportnya yang terlupa.

Kini bersedialah Barcelona dengan Lionel Messi, Neymar, lengkap bersama Marlon berlatih untuk episod mengganyang Manchester City lagi subuh esok. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru