Thursday, December 8, 2022

Langgar lampu merah: Polis saman diri sendiri

Secara Rawak

HAINES CITY: Di sebuah bandar kecil, bukan mudah untuk polis trafik mengeluarkan saman atas kesalahan pemandu melanggar undang-undang lalu lintas, termasuk melanggar lampu isyarat.

Lebih-lebih lagi, ada ketikanya pegawai polis berkenaan terpaksa mengeluarkan saman terhadap  teman sendiri, rakan sekerja, ahli bomba dan seumpamanya.

image-6

Menjadi tugas Tim Glover  dari Jabatan Polis Bandar Haines  untuk meneliti visual rakaman kamera lalu lintas.

Beberapa hari lalu, dia terkejut apabila mendapati kereta yang dipandunya telah melanggar lampu merah.

Dia tidak menyangka akan menyaman dirinya sendiri kerana melanggar peraturan jalan raya.

Kejadian  tersebut disedari ketika Glover memeriksa rakaman lalu lintas yang menunjukkan sebuah kereta peronda melanggar lampu merah.

“Saya kenal kereta peronda tersebut (dalam rakaman) dan saya berharap ianya bukan saya,” kata Glover.

Dan pemeriksaan lanjut mendapati individu berkenaan ialah dirinya yang sedang dalam perjalanan membeli makanan tengah hari.

“Saya sudah diajar bahawa jika melakukan kesalahan, kita perlu bertanggung jawab.

“Kali ini, saya perlu beri saman kepada diri saya sendiri!” kata Tim.

Sebagai pegawai yang berpegang kepada sikap amanah dan integriti, Glover tidak mahu menyembunyikan kesalahan itu, lalu memaklumkan ketuanya tentang kejadian itu, yang seterusnya mengeluarkan saman.

“Saya selalu diajar jika kita melakukan kesalahan, kita perlu bertangungjawab terhadap kesalahan itu, dan terima hukumannya,”  kata Glover yang kemudiannya membayar hukuman yang dikenakan.  

Glover mahu memberitahu orang ramai bahawa terdapat anggota polis yang jujur, dan mereka bersedia membayar harga daripada kesalahan itu.

Sementara itu, Ketua Polis Haines City, Jay Hopwood memuji kejujuran dan integriti Glover.

“Ciri-ciri tersebut yang menjadikan seseorang anggota polis yang disegani, jika anda tidak jujur dan berintegriti, anda hanya mengotorkan nama pihak berkuasa,” kata Hopwood. 

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru