Kentut pesakit bakar bilik bedah

0
13

SHINJUKU: April lepas, bilik pembedahan di Tokyo Medical University Hospital di Shinjuku terbakar gara-gara gas kentut yang keluar dari usus pesakit semasa pembedahan dilakukan.

Jawatankuasa yang menyiasat kejadian malang itu mengeluarkan laporan kebakaran berkenaan kepada media minggu lepas.

Jawatankuasa terbabit mendapati tiada bahan mudah terbakar di bilik bedah yang dapat menyebabkan keluarnya api semasa operasi berlangsung.

Namun api yang muncul dipastikan berpunca daripada gas yang datang daripada pesakit yang sedang terbaring di meja operasi.

Menurut media Asahi Shimbun yang dipetik oleh CNN melaporkan, pasukan doktor menggunakan laser semasa menjalankan pembedahan terhadap pesakit wanita berusia 30-an itu.

“Ketika gas di dalam usus pesakit bocor ke ruang operasi, ia menyebabkan berlaku iradiasi laser mengeluarkan api dan akhirnya membakar pesakit serta peralatan operasi,” tulis laporan tersebut.

Pesakit berkenaan menjalani pembedahan serviks, bahagian rahim menggunakan teknologi laser ketika itu.

Wanita malang itu menderita akibat cedera terbakar pada bahagian punggung dan kaki.

Jawatankuasa penyiasat memastikan peralatan yang digunakan dalam pembedahan tersebut berfungsi normal, sehingga tidak mungkin disalahkan dalam insiden malang berkenaan.

Benarkah, demi mengelak hal serupa ini berlaku, pesakit yang hendak menjalani operasi bedah perlu mengambil makanan ringan sebelum berpuasa? – Sarawakvoice