Monday, December 5, 2022

Harga minyak melonjak 15 sen bermula tengah malam tadi

Secara Rawak

KUCHING: Bermula tengah malam tadi, harga petrol dan diesel di negara ini naik pada paras paling tinggi pada tahun ini, sehingga mencecah 15 sen untuk setiap liter.

Menurut kenyataan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, harga pasaran bulan ini untuk Petrol Ron97 ialah RM2.30 seliter manakala Petrol Ron95 (RM1.95 seliter).

Harga untuk Diesel pula ialah RM1.90 seliter manakala E5 Diesel (RM2.00 seliter).

Harga terendah dicatatkan pada Mac lalu, apabila harga Ron95 mencatatkan harga RM1.60 seliter, manakala Ron97 berharga RM1.95 seliter dan Diesel berada pada paras RM1.35 seliter.

Pada bulan lalu, seliter Ron95 dijual pada harga RM1.80, Ron97 (RM2.15) dan Diesel (RM1.75).

Harga petrol dan diesel di negara ini tidak lagi bergantung pada subsidi kerajaan, sebaliknya diunjurkan kepada apungan harga semasa pasaran dunia. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru