Saturday, October 8, 2022

Front Pembela Islam ancam mahu bunuh Gabenor Jakarta

Secara Rawak

JAKARTA: Calon Gabenor Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama, menyerahkan sepenuhnya keselamatannya kepada pihak berkuasa.

Gabungan organisasi massa Islam mengancam mengadakan tunjuk perasaan di ibu kota 10 juta jiwa itu pada Jumaat ini.

logo-fpi-front-pembela-islam

“Saya kira itu bahagian keamanan, bukan tugas saya, ya,” kata Ahok.

Ribuan orang dari pelbagai organisasi yang dipimpin Front Pembela Islam (FPI) akan mengadakan tunjuk perasaan di Balai Kota DKI Jakarta dan sejumlah daerah lain di negara ini kerana kecewa dan marah dengan Basuki yang lebih dikenali sebagai Ahok.

Mereka mendesak pihak polis menyiasat Ahok yang dianggap menghina agama saat memetik Surat Al-Maidah ayat 51 dalam pidatonya baru-baru ini.

Ahok tidak ambil kisah menghadapi tunjuk perasaan itu.

Demonstrasi jalanan merupakan sesuatu yang biasa di ibu kota ini terutama pada zaman pemerintahan Suharto.

Malah, tunjuk perasaan dalam kalangan mahasiswa akhirnya telah menyebabkan Presiden Indonesia itu berundur.

Menurut Ahok seperti dipetik tempo.com, masalah aduan masyarakat mengenai tuduhan penistaan agama itu sudah selesai.

Ahok juga meminta demonstrasi tersebut tidak ricuh agar tidak merugikan warga Jakarta sendiri.

“Silakan bagi pihak yang tidak suka dan punya peguam, punya bahagian hukum, minta saja berita acara pemeriksaan kepada penyidik Bareskrim. Buat apa merosak Jakarta begitu,” Ahok dipetik berkata.

Ahok sendiri mengaku tidak khuatir akan demonstrasi itu kerana beliau sudah sering menerima ancaman sedemikian.

Menurut Ahok yang terkenal dengan mulut celopar itu, pihak keamanan akan mengambil tindakan jika para penunjuk perasaan melanggar undang-undang.

Dalam demonstrasi pertama pada dua minggu lalu, pemimpin FPI, Rizieq Shihab, dalam ceramahnya merancang untuk membunuh Ahok jika polis tidak kunjung menangkapnya.

Dia juga memberikan batas waktu kepada polis untuk menangkap Ahok sebelum Jumaat ini. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru