Pembuli kurung budak di dalam sangkar cetuskan kemarahan di Jepun

0
3

TOKYO: Seorang budak lelaki dibuli dengan mengurung di dalam sangkar.

Bukan sahaja itu, mereka turut merakamkan kejadian itu ketika  budak berkenaan menjerit meminta tolong selepas telefon bumbitnya dicuri. Dia merayu dan menjerit supaya telefon bimbitnya dikembalikan.

https://www.youtube.com/watch?v=nqEnOtzZ-6k

Rakaman itu segera menjadi viral di negara ini, dan menarik perhatian pihak berkuasa

dengan pegawai pelajaran pantas melancarkan siasatan.

Video itu memperlihatkan bagaimana murid dari sekolah Hanamaki Minami di wilayah Iwate dikurung di dalam sangkar diperbuat daripada keluli dan besi.

Dalam video itu kelihatan budak berkenaan sukar bergerak, dan dia merayu supaya dibebaskan.

Namun, pembuli hanya gelak dan mengejeknya, sambil mengugut mengurungnya sepanjang malam.

Budak itu kelihatan ketakutan. – Sarawakvoice