BARCELONA: Nama Lionel Messi menjadi daya tarikan tersendiri bagi setiap pemain muda yang baru memulakan kerjaya sebagai pemain bola sepak profesional.

Bintang bola sepak diminati ramai, Neymar da Silva Santos Júnior atau Neymar Junior, 24, salah seorang daripada ramai pemain muda yang mengaku Messi sebagai idolanya.

Bahkan, keputusan bekas kapten pasukan kebangsaan Brazil itu menyarung jersi Barcelona musim panas 2013 untuk berada pada sayap (striker) pasukan, tidak terlepas dari keinginan besarnya untuk berada bersama dalam satu pasukan dengan Lan Pulga nama jolokan Messi.

Ayah Neymar sendiri memecah rahsia tersebut, “kita tahu siapa Messi dan apa ertinya dia (kepada anak saya).

“Dia (Messi) idola anak saya dan dia rasa terhormat bermain dalam pasukan yang sama dengan Messi,” kata ayah Neymar dikutip dari Sport pada Jumaat.

Tambah beliau lagi, “Neymar selalu mengatakan kepada saya dia benar-benar rasa bahagia bermain bersama Messi.

“Tak terkira berapa kali dia mengulang (hal) itu kepada saya.”

Bahkan, selain menjadi peminat tegar Messi sejak remaja, perkembangan bakat Neymar ada kaitan dengan pengaruh Cristiano Ronaldo.

Neymar sangat gemar meniru aksi Messi mahupun Ronaldo ketika berlatih dan bermain di padang.

Neymar menyerlah seawal usia 19 tahun apabila membawa Santos FC ke puncak menjuarai Copa Libertadores menobatkan dia menjadi pemain terbaik Amerika Selatan 2011 dan  2012.

“Jika Messi dan Ronaldo tidak wujud, maka mungkin anak saya (Neymar) juga tidak wujud dalam perkembangan bola sepak ketika ini,” kata ayahnya. – Sarawakvoice