Thursday, December 8, 2022

Pemuda PBB bimbang penutupan IPG di Sarawak, mahu bincang dengan Kementerian Pelajaran

Secara Rawak

KUCHING: Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sarawak hari ini melahirkan kebimbangan jika cadangan penutupan dua Institut Pendidikan Guru (IPG) di Sarawak seperti dilaporkan oleh media, adalah sesuatu yang benar.

Ketua Penerangannya, Fazzruddin Abdul Rahman berkata, berhubung perkara itu, Pergerakan Pemuda PBB akan berhubung dengan Kementerian Pelajaran untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenainya.

“Kita yakin Kementerian Pelajaran mengetahui dan memahami akan hasrat Kerajaan Negeri untuk melahirkan lebih ramai guru tempatan bagi mencapai ratio 90:10 dan berharap mereka akan mengambil kira perkara ini sebelum sebarang keputusan untuk menutup IPG di Sarawak dilaksanakan,” katanya dalam satu kenyataan kepada media.

Fazzruddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Tupong berkata, pihaknya sedar akan peri pentingnya latihan vokasional dan teknikal, namun sebarang keputusan berkaitan perkara seperti ini hendaklah melalui proses perbincangan dan perancangan yang terperinci di antara kerajaan negeri dan mereka yang berkepentingan.

Sewaktu membentangkan Bajet 2017 lalu, Menteri Kewangan yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak berkata, sebanyak 11 IPG akan ditutup, dengan sembilan daripadanya akan diubah suai sebagai Politeknik dan Kolej Vokasiknal.

“Empat buah kampus itu akan menjadi politeknik manakala empat lagi kolej vokasional manakala sebuah lagi sebagai Pusat Latihan Jurulatih Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET).”

Pemuda PBB kata Fazzruddin,berasakan pandangan Kerajaan Negeri juga perlu diambil kira sebelum Kerajaan Pusat memutuskan untuk menutup mana-mana IPG di Sarawak.

Semalam, Menteri Kebajikan, Wanita dan Kesejahteraan Komuniti, Datuk Fatimah Abdullah juga melahirkan pandangan yang senada berhubung pengumuman kerajaan ini.

Beliau khuatir tindakan ini akan merencatkan usaha Kerajaan Negeri untuk mewujudkan persekitaran pengajaran yang melebihkan anak tempatan yang menjadi pendidik di negeri ini. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru