LIVERPOOL berbekalkan kekuatan skuad  meneruskan cabaran Liga Perdana Inggeris untuk menentang Crystal Palace hari ini.

Setelah terselamat dalam pertarungan menumbangkan West Bromwich Albion 2-1 dalam Liga Perdana Sabtu lepas, Pengurus Liverpool Jurgen Klopp menurunkan kesebelasan utama pasukan berbeza dengan susunan perlawanan Piala Liga Inggeris, Rabu lepas.

Penyusunan skuad perlu bagi memastikan Klopp mempunyai banyak pemain bugar dalam  kunjungan menentang Crystal Palace di Selhurst park, apabila pasukannya berusaha melanjutkan rekod tanpa kalah dalam semua 10 perlawanan.

Antara pemain yang mempamerkan persembahan mengagumkan dalam perlawanan Rabu lepas ialah pemain muda berusia 18 tahun, Ovie Ejaria dan Trent Alexander-Arnold, namun mereka direhatkan hujung minggu ini.

Bagaimanapun, pemain tengah Georginio Wijnaldum mahu mereka dipanggil semula menyertai barisan pemain.

“Saya fikir ia petanda baik bagi pasukan membolehkan pemain yang dapat masuk ke dalam pasukan serta-merta,” kata Wijnaldum.

“Dan ia memudahkan pengurus membuat perubahan.

“Jadi, tiada masalah apabila ada pemain cedera, kerana kita boleh menukar kepada pemain dengan kualiti yang sama baik.

“Bukan mudah bagi pemain muda bermain dalam perlawanan dan kelab besar.

“Ramai pemain gementar dan hilang keyakinan, tapi saya tidak lihat pemain kita begitu.”

Liverpool menduduki tempat ketiga dalam liga menghadapi perlawanan hujung minggu ini untuk berkongsi mata dengan pendahulu liga, Manchester City.

Alex Ferguson positif mencadangkan gelaran liga musim ini boleh berpindah ke Anfield (Liverpool) buat kali pertama sejak 1990.

Bekas pengurus Manchester United dalam temu bual dengan Kicker, majalah Jerman berkata, “kita kini boleh rasa cabaran mereka musim ini.”

Tanpa kempen di Eropah pada musim ini, jadual perlawanan agak mudah dan ia dapat menjelaskan mengapa Liverpool kali ini kurang berhadapan dengan masalah kecederaan pemain.

Liverpool berdepan jadual perlawanan yang ringan. Musim lalu, mereka bermain 63 permainan, 15 daripada mereka bermain dalam Liga Eropah apabila mara ke final.

Pemain pertahanan Joe Gomez dan pemain sayap Sheyi Ojo berjuang untuk kembali beraksi daripada kecederaan.

Klopp dijangka dipilih untuk beraksi dan pemain Divock Origi perlu cergas selepas mengalami kejang pada Rabu. – Sarawakvoice