Sunday, September 25, 2022

Hadi Awang mahu tangani keganasan dan pelampau media

Secara Rawak

KUALA LUMPUR:  Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mencadangkan agar Kementerian Komunikasi dan Multimedia  dapat mewujudkan inisiatif kerjasama pemberitaan dalam kalangan negara serantau terutama untuk melawan pelampau media dengan pemberitaan palsu dan fitnah mereka yang berleluasa mutakhir ini termasuklah mendepani keganasan media dan agensi berita asing dengan pemberitaan yang direka cipta untuk melunaskan agenda tersembunyi mereka.

hadi-awang-alleh-keruak-0001

Beliau turut menarik perhatian tentang isu menangani media sosial dan beliau berkata ia menjadi tanggungjawab semua pihak dalam meneliti kesahihan dan kewajaran maklumat yang dimuat naik ke dunia siber itu.

Justeru itu, Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang, menyarankan betapa keganasan dan pelampau media ini sangat bahaya dan mampu menggugat keharmonian masyarakat atau rakyat dalam negara kita.

Beliau menyampaikan pandangan itu kepada Menteri Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Salleh  Said Keruak di pejabatnya Angkasapuri di sini, semalam.

Yang turut mengiringi beliau  ialah Naib Presiden Pas, Idris Ahmad dan setiausaha politiknya, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

“Presiden Pas terus memacu perjuangan ini merentas pelbagai sempadan dan tembok yang melingkar dalam usaha mengarusperdanakan perjuangan dan penyelesaian Islam yang diperjuangkan oleh Pas,” kata Ketua Penerangan Pas Pusat, Nasrudin Hassan dalam satu kenyataan berhubung kunjungan itu.

hadi-awang-alleh-keruak-0000

Beberapa isu penting dibincangkan dalam pertemuan tersebut melibatkan kepentingan negara dan rakyat.

Hadi yang juga Naib Ketua Kesatuan Ulama Antarabangsa telah memberi komitmen untuk sama-sama mencari jalan mengatasi isu penculikan di perairan Sabah dan  menegaskan perlunya satu penyelesaian yang lebih menyeluruh dalam merungkai isu tersebut.

“Bertemu dan memberi pandangan, kritikan serta membantu untuk sama-sama ambil tanggungjawab bagi merungkai masalah semasa yang membelenggu negara dan rakyat,” tambahnya dalam kenyataan itu.- Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru