Monday, November 28, 2022

YB ditawarkan seks oleh pelacur

Secara Rawak

KOTA BHARU: Adun Guchil (PKR) Mohd Ruslan Puteh mengakui Kelantan sudah jauh berubah sejak 1990 di bawah kepemimpinan ulama dengan tidak lagi ditemui aktiviti maksiat berleluasa dan hiburan secara berlesen di bandar ini.

Bagaimanapun, pada persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan kelmarin beliau mendedahkan masih berlaku kegiatan pelacuran di Jalan Hamzah di sini selepas beliau ditawarkan khidmat seks apabila kenderaan yang dinaikinya didekati sekumpulan wanita.

Wakil rakyat berkenaan yang juga Naib Pengerusi Majlis Pimpinan PKR menceritakan bagaimana seorang pelacur, yang menaiki sebuah kereta cuba menghampirinya sejurus beliau membayar bil telefon bimbitnya menggunakan mesin layan diri pada 12.45 tengah malam.

Justeru, semalam di persidangan sama beliau berharap agensi kerajaan negeri dan pusat mengambil tindakan berterusan membendung gejala sosial yang dikesan berlaku secara haram di negeri ini.

Beliau berkata pendedahannya mengenai isu tersebut pada persidangan DUN kelmarin bagi membolehkan agensi penguat kuasa membanteras gejala tersebut tanpa mengira masa.

Beliau berkata masih ada wanita warga emas berkeliaran pada awal pagi melakukan maksiat. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru