Bersih tidak bimbang jika ahli Pas tak sokong

0
6

KUALA LUMPUR:  Bersih percaya pengaruh Pas semakin berkurangan dan ia kesal parti Islam itu enggan menyertai Bersih 5 yang akan diadakan pada 19 November depan.

Menurut timbalan pengerusi Bersih, Shahrul Aman Mohd Saari, penyokong Melayu yang bukan ahli PAS kini mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh parti itu.

“Kami jemput mereka untuk bersama tetapi kami tidak terlalu bimbang jika mereka tidak datang,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Pemerhati berkata, tanpa sokongan Pas, jumlah yang menyertai perhimpunan Bersih telah berkurangan.

Bersih, bagaimanapun, menolak dakwaan kononnya tanpa sokongan Pas, perhimpunan 19 November depan tidak akan mendapat sambutan.

Bagi naib pengerusi Bersih, Thomas Fann, walaupun kesal Pas tidak mahu menyertai perhimpunan yang bakal diadakan, namun dia tidak kisah dengan keputusan parti berkenaan.

Lagipun, ujarnya, Pas tidak mewakili semua orang Melayu. – Sarawakvoice