Pada awal tahun ini, ibu saya telah dimasukkan ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ), Seremban.

Ibu saya diserang ‘right basal ganglia ischaemic stroke’ dan ketika itu ibu lumpuh separuh badan, tidak dapat berjalan, bercakap dan makan menggunakan ‘nasogastric tube (ryles tube)’.

hos-johor-terbakar_0006

Ia terjadi ketika saat akhir saya menulis tesis PhD, dan saya ketika itu jauh beribu-ribu batu daripada ibu.

Kesedihan yang mendalam yang tidak dapat digambarkan yang pernah saya dan keluarga alami.

Ketika di dalam wad HTJ, kebetulan waktu itu saya sedang duduk di sebelah ibu di tepi katil, dan ibu saya sedang baring berehat sementara menunggu doktor datang merawat, secara tiba-tiba terdengar bunyi letupan dan percikan api di hadapan kami.

Rupanya wayar yang bersambung dengan pendingin hawa di dalam bilik wad ibu saya terbakar dan meletup, mengakibatkan asap kelabu memenuhi ruang bilik.

Perkataan pertama yang disebut oleh ketua jururawat dan mereka yang bertugas pada waktu itu ialah “Patient…..selamatkan patient!!!”.

Mereka menjerit sekuat hati dan berlari ke arah kami dengan pantas seperti Usain Bolt berlari ketika sukan Olimpik.

Mereka dengan bersungguh-sungguh menolak keluar katil ibu saya dari bilik yang dipenuhi asap kelabu yang menyesakkan dada.

hos-johor-terbakar_0000

Tiada ucapan penghargaan yang mampu saya lafazkan untuk semua staf Hospital Tuanku Jaafar (Medical Ward) yang begitu komited merawat pesakit seperti ibu saya.

Tahniah staf Hospital Tuanku Jaafar, Seremban. Semoga Allah membalas jasa kalian dengan sebaik-baik balasan.

Semoga urusan pesakit-pesakit, keluarga dan semua staf, agensi yang terliba dalam kejadian di Hospital Sultanah Aminah dimudahkan. Ini adalah saat yang memilukan