Saturday, October 8, 2022

Mufi Negeri dan Profesor Unimas bongkar dan perturun ‘rahsia ilmu rezeki’ di Kabong Malam ini

Secara Rawak

KABONG: Cara-cara memperoleh rezeki dengan mudah serta halal akan dibongkar, serta ‘diperturunkan’ kepada umum terutama kepada penduduk di sini malam ini.

Mufti Negeri Sarawak, Datu Haji Kipli Yassin akan bergabung tenaga dengan Profesor Dr. Rusli Ahmad (Unimas) dalam mengadun ilmu dan mengolah perencah berguna terutama dalam soal rezeki untuk dikongsi kepada orang ramai hadir mengikuti forum perdana yang dijangka bermula jam 8.30 malam bertempat di Dataran Kabong.

event-kabong_0000

Forum Perdana tersebut yang akan membincangkan tajuk” Ilmu Menjana Pendapatan Halal” adalah atas anjuran Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) serta Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Sepanjang berlangsung majlis ilmu tersebut, Ustaz Ismail Maharup, Pegawai Hal Ehwal Islam Kemas Negeri Sarawak akan menjadi maderator majlis yang dijangka berakhir jam 11.30 malam.

Jurucakap Program, Zulkibri Jarawi yang ditemui menyeru penduduk di sekitar daerah itu agar hadir beramai-ramai ke majlis berkenaan malam ini (27 Oktober) bagi sama mendengar dan mengambil segala ‘ilmu rezeki’ yang diperturunkan untuk dimanfaatkan dalam kehidupan seharian .

Menurut Zulkibri, daerah Kabong adalah antara tiga lokasi yang dipilih sebagai lokasi pilihan forum perdana berkenaan . Dua lagi lokasi forum tersebut akan diadakan selepas ini adalah di Gedong dan yang terakhir di Lawas. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru