Monday, November 28, 2022

Jakim pindah ke Kompleks Islam Putrajaya, Presint 3

Secara Rawak

PUTRAJAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memulakan operasi perpindahan dari Blok D7 & D9, Kompleks D, ke Kompleks Islam Putrajaya, Presint 3, (bersebelahan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya) bermula 24 Oktober hingga 30 November 2016.

jakimDalam kenyatan media kepada Sarawak Voice pada Rabu, Jakim berkata perpindahan dilakukan secara berperingkat bermula dengan Bahagian Pengurusan Maklumat dan Bahagian Pembangunan Insan Jakim.

Perpindahan seterusnya disusuli oleh bahagian yang lain.

Jakim beroperasi sepenuhnya di Kompleks Islam Putrajaya bermula 1 Disember 2016.

Menurut kenyataan tersebut sepanjang perpindahan sebulan lebih ini, semua urusan rasmi berkaitan Jakim masih menggunakan alamat dan nombor telefon Jakim sedia ada.

“Jakim memohon maaf sekiranya ada pihak mengalami kesulitan melakukan urusan rasmi dengan pihak kami sepanjang tempoh perpindahan ini,” menurut kenyatan tersebut.

Sebarang maklumat lanjut berkaitan Jakim, orang ramai boleh menghubungi Seksyen Komunikasi Korporat Jakim di talian 03-8886 4119/ 4176/4127 atau ajukan pertanyaan ke e-mel: projakim@islam.gov.my.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru