Friday, October 7, 2022

Anna Wurtzburger saman KFC RM83 juta kerana iklannya kelirukan pembeli

Secara Rawak

NEW YORK: Anna Wurtzburger, 64 memfailkan saman A$20 juta (RM83 juta) terhadap Kentucky Fried Chicken (KFC) kerana didakwa menerbitkan pengiklanan mengelirukan pengguna di Amerika Syarikat bulan lepas.

Anna, 64, pesara, mendakwa KFC menipu “pelanggan yang sedang lapar” dengan iklan “KFC $20 Fill Up” bagi hidangan KFC Bucket yang menunjukkan ketulan ayam melimpah keluar dari bekasnya.

kfc-saman

Menurut laporan CBS Local, Anna dari Hudson Valley, New York mendakwa dia hanya menerima separuh daripada jumlah ayam goreng yang dibeli berbanding seperti yang terpapar pada iklan komersial itu.

Berdasarkan iklan, bekas berkenaan mengandungi lapan ketul ayam dan sama dengan kuantiti yang dipesan oleh Anna.

“Mereka menunjukkan bekas yang dilimpahi dengan ayam,” kata Anna.

“Anda hanya mendapat separuh dan ia tidak seperti dalam iklan. Itu adalah iklan palsu!” kata Anna lagi.

KFC bagaimanapun berkata, dakwaan Anna sebagai “tidak masuk akal” dan bercadang meminta mahkamah menggugurkan saman tersebut.

Menurut Fortune, KFC menjelaskan kepada Anna bahawa iklan itu ditunjukkan sedemikian supaya pembeli boleh melihat produk yang dimaksudkan.

Tuntutan itu mendakwa hal itu membuktikan KFC sedar ia “sengaja mengelirukan orang ramai di televisyen apabila iklan menunjukkan bekas ayam melimpah padahal tahu ia hanya menjual 8 ketul ayam kepada orang ramai”.

KFC dalam kenyataannya kepada Fortune berkata tuntutan mahkamah tersebut berupa “meritless” dan sedia meminta mahkamah menolak kes tersebut.

“Pembeli itu mendapat apa yang dia minta. Dia membeli sebuah bekas mengandungi lapan ketul ayam dan dia memang menerima lapan ketul ayam,” kata jurucakap KFC menambah, “menu dan iklan kami jelas menunjukkan AS$20 bagi lapan ketul ayam.”

Menurut New York Post, plaintif menuntut KFC mengubah iklan tersebut dan membayar AS$20 juta sebagai ganti rugi. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru