Tuesday, June 28, 2022

Terbabit militan Abu Sayyaf: Rakyat Malaysia ditahan di Filipina

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan penahanan seorang rakyat Malaysia di pelabuhan Pekan Maluso, Selatan  Filipina baru-baru ini yang didakwa terlibat dengan aktiviti militan Abu Sayyaf.

Suspek kini dipercayai berada di bawah tahanan pihak berkuasa Filipina.

Menurut Khalid, maklumat awal mendapati lelaki yang berasal dari Kelantan itu ditahan ketika cuba meninggalkan negara itu mempunyai kaitan dengan pejuang Islam di selatan Filipina.

“Dia tidak ditahan dengan bahan letupan. Apa yang kita tahu dia memang seorang penyokong kepada pejuang Islam di Selatan Filipina,” katanya pada sidang media selepas Majlis Perasmian Seminar Antarabangsa Pencegahan Penyeludupan Dadah 2016 di Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) Cheras, di sini, hari ini.

Menurut Khalid, tidak dapat dipastikan sama ada suspek pakar pembuat bom seperti didakwa pihak berkuasa negara itu.

“Mereka dakwa suspek adalah pakar pembuat bom dan ketika ditahan, dia dikatakan membawa bersama bahan letupan.

“Saya tak tahu. Itu dakwaan pihak sana. Saya cuma sahkan suspek rakyat Malaysia berasal dari Kelantan,”

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai laporan media Filipina mengenai penahanan rakyat Malaysia yang didakwa mempunyai kaitan dengan Abu Sayyaf awal bulan ini.

Media Filipina melaporkan Komander Briged Infantri ke-104, Kolonel Cirilo Donato mengesahkan seorang rakyat Malaysia ditahan di pelabuhan Maluso, ketika cuba menyusup masuk ke Malaysia, awal bulan ini.

Donato berkata, pihaknya masih menyiasat sama ada suspek diberi latihan oleh tentera militan Abu Sayyaf kerana ketika ditahan, suspek ditemui bersama bahan-bahan untuk membuat bom buatan sendiri (IED). – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru