Parti Amanah Negara (AMANAH) melahirkan rasa simpati dan sedih terhadap anggota keluarga yang maut dalam insiden kebakaran di tingkat 2 unit rawatan rapi (ICU) selatan Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru, pagi tadi.

Mangikut maklumat yang disahkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia enam terkorban dalam kejadian itu yang terdiri daripada 4 wanita dan 2 lelaki.

Bagi AMANAH, kami mendoakan agar semua keluarga terlibat diberi kekuatan dan kesabaran menerima ujian ini.

AMANAH menggesa satu siasatan rapi dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian dan mengambil langkah-langkah perlu agar perkara malang ini tidak berulang.

Saya akan mengarahkan pimpinan AMANAH Negeri Johor untuk memberi bantuan segera dalam menghadapi tragedi ini.

Harapan Baru

MOHD ANUAR TAHIR
Setiausaha Agung
Parti Amanah Negara