BIDA: Lelaki Nigeria bernama Mohammed Bello Abubakar, 92 sudah mempunyai 107 isteri, namun dia diasak keinginannya mahu menikah lagi untuk menambah jumlah isterinya yang sedia ada.

14713661_678609558962039_8208884359838943036_nBello tinggal di Kota Bida, Nigeria. Sepanjang hidupnya, dia sudah mempunyai 185 anak.

Bello mengaku sudah menikah dengan 107 wanita, tetapi 10 daripadanya sudah diceraikan.

Bello menjadi berita utama beberapa media selama bertahun-tahun, dan timbul juga kontroversi bahawa amalannya itu bertentangan dengan ajaran syariah Islam.

Sehingga akhir-akhir ini, muncul khabar yang mengatakan Bello sudah meninggal dunia.

Namun, akhbar Nigeria, Vanguard mematikan khabar angin itu dengan memunculkannya semula di media.

“Saya masih hidup, sihat walafiat,” katanya kepada Vanguard.

Sindonews memetik Vanguard melaporkan pada Sabtu lepas, Bello meluahkan, “rumor itu tidak berasas dan dapat dikatakan sebagai berita untuk mencela saya kerana mereka iri hati atas hal yang Tuhan berikan kepada saya.”

14720517_964741287003417_4241503008680365558_n“Hal yang saya lakukan adalah seruan ilahi. Ini tugas dan saya akan terus melakukannya sampai akhir hayat,” tambah Bello merujuk pada keinginannya untuk terus kahwin lagi dan menambah jumlah isterinya.

Dalam menjalani poligami, amalan Bello dilihat  bertentangan dengan undang-undang syariah Islam dan undang-undang Nigeria.

Poligami menurut syariah Islam pada umumnya hanya membenarkan seorang lelaki Islam mengahwini wanita tidak melebihi empat orang.

Bahkan, syarat empat isteri itu juga ketat berdasarkan syarat kemampuan kewangan dan batin.

Meskipun demikian, mantan guru dan penceramah Nigeria ini mendakwa amalan yang dilakukannya itu adalah mengikut tafsirannya sendiri dan tidak berkaitan dengan undang-undang syariah Islam mahupun undang-undang negara Nigeria. – Sarawakvoice