Tuesday, October 4, 2022

Rafizi: Mana boleh senarai hitam syarikat sesuka hati

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Tidak boleh senarai hitam sewenang-wenangnya.

Itulah pendirian Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli berkaitan amaran Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Abdul Rahman Dahlan bahawa kerajaan akan menyenaraihitamkan syarikat yang memberi sokongan kepada Bersih.

Malah, beliau menyifatkan kenyataan menteri terbabit hanya sebagai permainan politik.

Rahman turut mendakwa kerajaan negeri Pulau Pinang dan Selangor menyenaraihitamkan banyak syarikat yang dikaitkan dengan parti-parti politik tertentu.

Semalam, Abdul Rahman dilaporkan akan minta Unit Perancangan Ekonomi (EPU) dan Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) untuk tidak lagi menganugerahkan kontrak kerajaan kepada mana-mana syarikat yang mempunyai kaitan dengan Bersih.

Untuk itu, Rafizi  dalam sidang media di lobi Parlimen semalam berkata, kerajaan tidak boleh menyenaraihitamkan mana-mana syarikat yang dikaitkan dengan parti politik tertentu secara sesuka hati berikutan negara ini mempunyai undang-undang.

Rafizi Ramli berkata, sekiranya sesebuah syarikat tidak mempunyai bukti dan pemberian dana yang diberikan kepada parti politik tersebut tidak mempunyai undang-undang, maka kerajaan tiada hak untuk menyenaraihitamkan syarikat terbabit.

“Sekiranya kerajaan ingin senarai hitam dan sebagainya, mereka kena ingat yang ia tertakluk kepada undang-undang,” katanya, sambil menambah tidak  mudah berbuat demikian kerana mereka  tentu akan disaman syarikat terbabit. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru