Saturday, December 3, 2022

Mendirikan kampung baharu lengkap prasarana untuk Islam dan bukan Islam

Secara Rawak

TELAGA AIR: Sekiranya projek pembinaan perkampungan baharu mendapat kelulusan dibangunkan, ia dibina dengan pelbagai prasarana dan kemudahan yang melengkapi perkampungan demi manfaat penghuninya kelak.

screen-shot-2016-10-25-at-7-51-58-amMenurut Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg perbincangan lanjut masih diadakan bagi mengkaji usul pembinaan kampung baharu dan merincikan dasar bersesuaian untuk pembinaan perkampungan berkenaan.

“Saya ingin menyatakan, sekiranya saya ingin membina kampung baharu, tidak semestinya kampung untuk orang Islam sahaja, maka ia juga adalah untuk orang bukan Islam…” kata Abang Johari yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri N8 Satok.

“Akan ada juga tempat ekonominya bagi tujuan perdagangan agar kampung tersebut terus berkembang,” dan beliau menambah untuk memperoleh modal, para peniaga boleh meminta bantuan daripada pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Dalam ucapannya pada Majlis Konvensyen Saudara Kita Peringkat Sarawak kali ke-6 di Pusat Latihan Sarawak, Jakim, Telaga Air pada Isnin, Abang Johari berharap konvensyen tiga hari itu dapat mempertingkat peranan saudara kita dalam memperkembang dakwah di negeri ini serta mengukuhkan ukhuwah Islamiyah dan jati diri mereka. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru