Bekas aktivis Pas: Perhimpunan Bersih tiada hala tuju

0
5

KUALA LUMPUR: Bekas aktivis Pas,  Riza Kamarudin menyifatkan keputusan Pas untuk tidak menyertai Bersih 5.0  sebagai tepat kerana Pas sudah sedar bahawa ia hanya menjadi alat bagi memenuhi agenda pihak tertentu sahaja.

riza-kamarudin“Mungkin Pas tidak lagi boleh melupakan bagaimana pemimpin mereka dihina pada perhimpunan sebelum ini,”katanya.

“Apa tindakan yang dibuat oleh pimpinan pakatan harapan dalam situasi tersebut. Dan juga bagaimana parti tersebut menjadi bahan serangan oleh rakan-rakan pakatan harapan dengan pelbagai tohmahan,” katanya.

Menurut Riza,  bagi menjayakan perhimpunan tersebut pelbagai cara dan kaedah dicari yang hanya memperlihatkan bagaimana mereka sekadar mahu menjadikan Pas sebagai alat untuk menjayakan perhimpunan berkenaan.

“Jadi amat tepatlah Pas mengambil pendirian berkenaan dan bagi saya secara peribadi berpendapat mereka hanya mahu mempergunakan Pas semata-mata. Tidak lebih daripada itu,” katanya kepada UMNO-Online, di sini, hari ini.

Pas  sebelum ini memutuskan tidak menyertai Bersih 5.0 kerana menganggap ia sudah terpesong daripada tujuan asal.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan  dipetik sebagai berkata, parti itu tidak boleh menerima tindakan peserta Bersih 4.0 yang memijak gambar pemimpin tertinggi negara.

Mengulas lanjut, Reeza berkata, perhimpunan Bersih tidak mempunyai hala tuju yang jelas dan sekadar mahu memburuk-burukkan kerajaan yang ada hari ini semata-mata.

“Saya nak tanya apa motif sebenar mereka…soal keputusan pilihan raya…sampai bila mereka akan berpuas hati sedangkan telah banyak kawasan yang dimenangi oleh mereka. Apakah mereka masih tidak berpuas hati. Saya penuh yakin apa yang dilontarkan hanyalah propaganda,”ujarnya.

“Inilah persoalannya dan saya rasa masih ramai yang akan turut bertanyakan soal ini. Jadi rakyat boleh menilai dan melihat bagaimana tindak-tanduk dan perangai golongan ini,” katanya. – Sarawakvoice