Friday, December 2, 2022

Saksikan video: Sudikah anda maafkan remaja tunggang basikal dan giliskan tayar di atas Lamborghini anda?

Secara Rawak

SINGAPURA: Apakah perasaan pemilik Lamborghini Gallardo kuning, Aaron Rylan Keder, 28 apabila kereta mewah berharga sekitar RM1 juta digilis tayar basikal secara sengaja oleh penunggang basikal lasak pada bonet, cermin hingga ke bumbungnya?

Dan apakah pula perasaan remaja penunggang basikal lasak bernama Izzadnaff Abdul Qusyairl, 15, yang terserempak Lamborghini Gallardo berwarna kuning parkir di luar Stadium Bedok lalu memanjat naik di atasnya dengan selamba?

Soalan ini pernah diajukan Aaron kepada Izzadnaff semasa berjumpa remaja tersebut selepas dia terkilan bahkan sudah membuat laporan polis atas kejadian terbabit dan mencari pelakunya melalui media sosial Facebook miliknya.

“Saya bertemu keluarga (Izzadnaff) pada tengah hari Ahad (minggu lepas) dan kami menyelesaikan isu tersebut.

“Saya hanya mahukan penjelasan daripada Izzadnaff dan mengetahui perasaannya apabila mengayuh basikal di atas kereta saya,” ujar Aaron yang memuat naik rakaman video yang menghebohkan netizen Singapura itu.

Video kejadian yang berlaku sekitar 2 petang pada Sabtu, minggu lalu itu menjadi viral seterusnya mengundang rasa marah netizen terhadap perlakuan remaja tersebut.

Ia ditonton lebih 320,000 kali serta dikongsi 3,800 netizen, selain menerima 371 komen.

Melalui video tersebut dapat disaksikan Izzadnaff menaiki basikal dalam perjalanan menuju pusat permainan video.

Terpengaruh dengan video yang dimuat naik di YouTube berkaitan aksi penunggang basikal BMX melompat dan mengayuh di atas bumbung kereta, Izzadnaff mengambil keputusan meniru aksi yang sama.

“Semasa melakukannya, saya tak pernah terfikir kesan perbuatan itu,” katanya Izzadnaff seperti dilaporkan akhbar Singapura, The New Paper pada Selasa lepas.

lambo-ark_0001

Menyedari kelibat individu yang terdapat dalam rakaman video yang viral di Singapura itu, ibu remaja terbabit Azizah Mohd Putih, 45, suri rumah berkata dia sangat marah dengan kelakuan anaknya itu.

“Izzadnaff biasanya taat pada arahan. Saya tak tahu kenapa dia bertindak begitu pada hari tersebut.

“Dia sangat takut mengakui kesalahannya, tapi saya memberitahunya memandangkan dia melakukan kesalahan, dia perlu berani mengakuinya,” katanya.

Menurut Azizah, dia kemudian cuba menghubungi pemilik Lamborghini itu, Aaron menerusi laman Facebook, tetapi tidak berbalas.

Dia kemudian mendapatkan nombor telefon Aaron dari rakan Facebook peniaga itu dan menghubungi Aaron keesokan harinya.

Kedua-dua pihak bersetuju mengadakan pertemuan menyelesaikan isu tersebut.

“Saya tak tahu apa yang bakal berlaku selepas itu, tapi saya mahu memastikan anak lelaki saya minta maaf kepada pemilik kereta tersebut,” kata Azizah.

Berkaitan kejadian tersebut, Izzadnaff berkata, dia berasa sangat kesal atas perbuatannya.

“Saya benar-benar kesal atas kesalahan ini dan memohon maaf kepada Encik Aaron dan keluarga saya,” kata Izzadnaff .

Sementara itu Aaron berkata, dia tahu remaja berkenaan benar-benar kesal atas perbuatannya itu selepas meminta maaf kepadanya.

“Budak tersebut (Izzadnaff) memiliki masa depan yang cerah dan saya tahu jika merosakkannya, tentu memberi kesan yang buruk.

“Izzadnaff memohon maaf kepada saya apabila kami bertemu. Saya tahu dia benar-benar kesal,” katanya.

lambo-ark_0000

“Saya juga mahu dia sedar perbuatannya itu salah dan tidak mengulanginya lagi,” kata Aaron.

“Terdapat banyak komen negatif yang diberikan netizen berhubung perkara ini dan saya berasakan kenyataan sedemikian tidak perlu.

Aaron maafkan Izzadnaff dan mengambil keputusan tidak meminta ganti rugi daripada ibu bapa remaja berkenaan.

Aaron berkata beliau tidak menghantar keretanya untuk dibaiki kerana sibuk.
“Saya tidak tahu kerosakan yang tepat, tapi saya fikir mungkin kit badannya terjejas,” katanya.

Sebagai peminat tegar sukan basikal lasak, Izzadnaff menyertai banyak pertandingan sejak berusia tujuh tahun.

Dia juga menerima Biasiswa Peter Lim pada Mei iaitu dana sukan kepada mereka yang menghadapi masalah kewangan. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru